Wednesday, December 15, 2010

PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA

Keluarga merupakan kelompok manusia yang paling kecil dalam
masyarakat. Apabila kita memperkatakan tentang keluarga maka kita
tidak dapat lari dari membincangkan sebahagian permasalahan
masyarakat. Keluarga seperti lazimnya adalah terdiri daripada ayah,
ibu dan anak-anak. Besar atau kecilnya sesebuah keluarga adalah
bergantung kepada bilangan anggotanya.Keluarga sebenarnya sendi dan asas kepada sesebuah masyarakat.

Dengan yang demikian ia dijadikan sukat-sukat. Jika berkecai
sesebuah keluarga maka berkecailah masyarakat dan jika aman damai
sesebuah keluarga maka aman damailah masyarakat berkenaan.
Pembentukan keluarga adalah asas kepada pembentukan masyarakat
yang lebih besar.Jelas asas tertubuhnya sesebuah keluarga ialah untuk mencari dan
mewujudkan kebahagiaan dalam hidup. Apakah setiap mereka yang
berharta itu akan hidup senang dan bahagia? Jawapannya belum pasti
bahagia, malahan mungkin mereka akan mengalami nasib yang
sebaliknya.Sering berlaku bahawa kemewahan rumah tangga mendatangkan
kegelisahan dan ketakutan untuk menghadapi masa hadapan dan
sekeliling. Dalam keadaan sedemikian, pendekatan melalui ajaran
agama Islam atau pembinaan rohani sahaja yang dapat membantu.
Hidup dalam serba sederhana dan dalam reda Allah adalah sebaik-baik
penghidupan Kelemahan-kelamahan yang terdapat di kalangan umat Islam hari ini..




9 comments:

eelobor said...

Alhamdulillah....sya bersyukur dengan kehidupan sekarang. semoga Allah akan terus memelihara kami sekeluarga....amin.

cikpuanhady said...

selamat hari as syura bonda..

Jom skodeng :Maila Vote Zahra..^_*

Kakzakie Purvit said...

Salam Ummie,

Setiap kita ada tanggung-jawab yg mesti dilunaskan. Kalau semua dapat menjalankan tanggung-jawab mesti segalanya berjalan lancar.

Keluarga merupakan organisasi terkecil dlm kelompak kehidupan hari ini. Jika pincang peneraju itu akan pincanglah mereka yg di bawahnya. Ianya saling kait-mengait hinggalah ke organisasi besar seperti pemerintah negara...

Yg penting keimanan harus dipupuk sedari anak itu belum mengenal erti kehidupan lagi....

Kamsiah yusoff said...

salam kenal tuan rumah....
sama2 kita membentuk sebuah keluarga bahagai

kasihibu said...

salam ummie
kelompok kecil yg erat dan teguh
kelompok kecil yang penuh kasihsayangkan?
tq en3 ni..

ozzy said...

assalam...

Semoga kita dapat membentuk keluarga kita sendiri ke jalan yg labih baik

p/s - salam kenal & terima kasih sudi berkunjung

anyss said...

Salam,
kawin mudah je (betul ke mudah?), yang susahnya untuk kekalkan perkahwinan tu

Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia

Cik Melor said...

salam perkenalan nama ku melor. nice blog

apdm said...

salam

perkahwinan itu indah jika kita bijak memainkan peranan masing-masing :)