Keluarga merupakan kelompok manusia yang paling kecil dalam
masyarakat. Apabila kita memperkatakan tentang keluarga maka kita
tidak dapat lari dari membincangkan sebahagian permasalahan
masyarakat. Keluarga seperti lazimnya adalah terdiri daripada ayah,
ibu dan anak-anak. Besar atau kecilnya sesebuah keluarga adalah
bergantung kepada bilangan anggotanya.Keluarga sebenarnya sendi dan asas kepada sesebuah masyarakat.
Dengan yang demikian ia dijadikan sukat-sukat. Jika berkecai
sesebuah keluarga maka berkecailah masyarakat dan jika aman damai
sesebuah keluarga maka aman damailah masyarakat berkenaan.
Pembentukan keluarga adalah asas kepada pembentukan masyarakat
yang lebih besar.Jelas asas tertubuhnya sesebuah keluarga ialah untuk mencari dan
mewujudkan kebahagiaan dalam hidup. Apakah setiap mereka yang
berharta itu akan hidup senang dan bahagia? Jawapannya belum pasti
bahagia, malahan mungkin mereka akan mengalami nasib yang
sebaliknya.Sering berlaku bahawa kemewahan rumah tangga mendatangkan
kegelisahan dan ketakutan untuk menghadapi masa hadapan dan
sekeliling. Dalam keadaan sedemikian, pendekatan melalui ajaran
agama Islam atau pembinaan rohani sahaja yang dapat membantu.
Hidup dalam serba sederhana dan dalam reda Allah adalah sebaik-baik
penghidupan Kelemahan-kelamahan yang terdapat di kalangan umat Islam hari ini..