Thursday, March 3, 2011

Contest ' Resepi Pilihan ' Sinar Raudah



Jalan2 jumpa lak contest nie.. penganjur nye Sinar Raudah

Kalo nak join silalah rujuk syarat2 dengan klik
SINI

Nie lah resepi yang nak dipertaruhkan...


Masak lemak pucuk ubi tumbuk


Bahan-bahan:
secekak pucuk ubi
2 cawan santan pekat
4 keping tulang ikan talang
1 genggam kacang hijau
1 batang serau (dititik)
15 biji cili padi (tumbuk)
4 biji bawang putih (tumbuk)
4 biji bawang merah (tumbuk)
sedikit belacan (tumbuk)
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam & perasa

Cara:
1. Celur pucuk ubi hingga empuk.
2. Rebus kacang hijau hingga empuk. Toskan.
3. Masukkan santan dalam periuk dan gaul bersama bahan-bahan tumbuk, serai dan kunyit.
4. Panaskan periuk di atas api dan masukkan sekali pucuk ubi, kacang hijau dan garam.
5. Kacau dan jangan sampai pecah santan.

Wednesday, December 15, 2010

PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA

Keluarga merupakan kelompok manusia yang paling kecil dalam
masyarakat. Apabila kita memperkatakan tentang keluarga maka kita
tidak dapat lari dari membincangkan sebahagian permasalahan
masyarakat. Keluarga seperti lazimnya adalah terdiri daripada ayah,
ibu dan anak-anak. Besar atau kecilnya sesebuah keluarga adalah
bergantung kepada bilangan anggotanya.Keluarga sebenarnya sendi dan asas kepada sesebuah masyarakat.

Dengan yang demikian ia dijadikan sukat-sukat. Jika berkecai
sesebuah keluarga maka berkecailah masyarakat dan jika aman damai
sesebuah keluarga maka aman damailah masyarakat berkenaan.
Pembentukan keluarga adalah asas kepada pembentukan masyarakat
yang lebih besar.Jelas asas tertubuhnya sesebuah keluarga ialah untuk mencari dan
mewujudkan kebahagiaan dalam hidup. Apakah setiap mereka yang
berharta itu akan hidup senang dan bahagia? Jawapannya belum pasti
bahagia, malahan mungkin mereka akan mengalami nasib yang
sebaliknya.Sering berlaku bahawa kemewahan rumah tangga mendatangkan
kegelisahan dan ketakutan untuk menghadapi masa hadapan dan
sekeliling. Dalam keadaan sedemikian, pendekatan melalui ajaran
agama Islam atau pembinaan rohani sahaja yang dapat membantu.
Hidup dalam serba sederhana dan dalam reda Allah adalah sebaik-baik
penghidupan Kelemahan-kelamahan yang terdapat di kalangan umat Islam hari ini..




Monday, December 6, 2010

SALAM MAAL HIJRAH



Alhamdulilah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi nyawa untuk meneruskan kehidupan dengan menyerahkan diri bulat-bulat kepada Allah. Akhirnya Allah mempertemukan kita sekali lagi pada awal Muharram iaitu tahun baru bagi umat Islam mengikut kalendar Islam (kalendar Hijrah). Kebiasaannya, pada awal Muharrram, umat Islam akan mula berazam dengan azam yang baru.
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
Salam maal hijrah buat seluruh muslimin dan muslimat tak kira di mane berada , semoga hari ini akan lebih bermakna dari hari2 sebelumnya...

DOA BUAT KALIAN SAHABAT-SAHABAT KU


Bismillahirrahmanirrahim...


Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik
padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..

Ya Allah..
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah
hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah
hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...

Ya Muhaimin..
jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana..
jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan
hatinya pada hatiMu.. Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu, rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Muhaimin..Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..

Ya Allah Yang Tercinta..jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta
hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan
kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..

Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan
hati hambaMu yang lain... AMIN

SALAM PERKENALAN



Assalamualaikum semua...

Sudah lame rasanya Bonda ingin memiliki blog sendiri.. akhirnya tercapai juga apa yang selama ini bonda hajatkan.. Alhamdulillah , buat perkenalan ini bonda ingin memperkenalkan diri bonda ..Name bonda Ummie  Solehah dan rakan2 memanggil Ummie dengan panggilan Bonda , jadi rasanya lebih selesa sekiranya kalian semua memanggil Ummie dengan panggilan Bonda.. Bonda seorang suri rumah sepenuh masa..Tujuan bonda melibatkan diri dalam dunia blogging ini adalah kerana bonda ingin berkongsikan pengalaman2 bonda serta tips2 berguna yang boleh kita praktikan bersama dalam kehidupan kita seharian..insya'allah...

Rasanya cukup la sampai di sini dahulu.. berjumpa lagi di entry bonda yang akan datang.. Assalamualaikum..